APAKAH ITU SINAR UV / “ Ultra Violet Radiation (UVR)?
Sinaran ultra ungu (disingkatkan kepada UVR), dari Bahasa Inggeris “Ultra Violet Radiation” adalah sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat atau “visible light”. Ukuran gelombang sinar UVR adalah di antara 200-400nm (nanometer). Sinaran ini tidak kelihatan pada pandangan manusia tetapi boleh meninggalkan kesan jangka masa panjang pada kulit kita. UVR boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu UVA, UVB dan UVC. Sebahagian besar daripada UVR yang sampai ke bumi adalah UVA (90-99%) dan UVB (1-10%), sedangkan UVC diserap oleh lapisan ozon.
info lanjut: http://www.dermatology.org.my/
0 comments:
Post a Comment