Tuesday, 11 October 2016

Apa itu SPF

Majoriti produk “Sunscreen” di pasaran akan memaparkan “SPF” angka tertentu dan “PA” dalam bentuk tanda campur (+). SPF bermaksud “Sun Protection Factor” dan merujuk kepada perlindungan spesifik yang diberikan oleh sesuatu produk “Sunscreen” terhadap UVB. Contohnya, SPF 30 bermaksud “Sunscreen” tersebut dapat melindungi anda dari pancaran matahari 30 kali ganda berbanding sekiranya tanpa memakai “Sunscreen”. PA pula bermaksud “Protection Grade of UVA” atau perlindungan terhadap UVA. Tanda (+) di sebelah huruf PA menunjukkan tahap perlindungan terhadap UVA. Semakin banyak tanda (+), semakin tinggi tahap perlindungannya contohnya PA+, PA++, PA+++ dan seterusnya.

Maklumat kesihatan dari Persatuan Dermatologi Malaysia (http://www.dermatology.org.my/) 

0 comments:

Post a Comment